BLOG PANDUAN DAN TIPS HARTANAH .:*:.~ Menambah info anda tentang hartanah, Mengapa harus melantik Perunding Hartanah, bagaimana Melabur, Menjual, Membeli atau Menyewa hartanah anda~.:*:.
Tuesday, 24 May 2011
BANK & ANDA - siri 1
Ramai bertanya, bagaimana caranya mereka ingin mendapatkan kelulusan dalam permohonan pinjaman perumahan mereka. Hari ini saya bawakan info yang akan membantu anda, berhubung status, cara pinjamanan anda yang dikendalikan oleh pihak bank.
(1)BAGAIMANA PINJAMAN DILULUSKAN
Bergantung kepada kredibiliti mereka yang datang semasa membuat permohonan.
Setiap bank punya garis panduan yang disediakan dan ianya mesti menurut landasan yang diterima pakai oleh Bank Pusat.
Kebiasaan nya kelulusan pinjaman adalah berdasarkan kepada penilaian yang dilakukan ke atas status kewangan pemohon yang merangkumi jumlah pendapatan serta tanggungan bulanan. Sekiranya perkara-perkara asas ini telah dipatuhi maka Bank akan meluluskan permohonan bagi sesuatu pinjaman.
Pihak Bank berpandangan dan percaya bahawa setiap pemohon bagi sesuatu pinjaman perumahan telahpun mendapatkan khidmat nasihat dari pihak peguam yang mengendalikan perjanjian jual beli bagi memahami akan tanggungjawab dan obligasinya sebagai Pembeli sebelum memasuki kontrak perjanjian jual beli.
Peranan dan kewajipan Bank adalah untuk mematuhi terma dan syarat perjanjian jual beli khususnya untuk mengeluarkan pinjaman menurut kaedah pembayaran yang ditetapkan dalam Jadual Pembayaran sesuatu perjanjian jual beli agar pihak Pemohon/Pembeli dapat menyelesaikan transaksi jual beli tersebut.
[Peranan bank juga adalah merupakan medium perantara yang memudahkan peminjam memiliki rumah yang dibeli daripada pihak pemaju]
terima kasih kepada Pn. noorainiah madz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment