Anda sedang mencari hartanah untuk dibeli?.
Mungkin rumah pertama, atau kedua, atau mungkin anda seorang pelabur dalam hartanah?.
Siapa yang anda cari?
Jurujual hartanah atau perunding hartanah?
Eh ada bezakah antara kedua golongan ini?
Mungkin bagi anda mereka sama sahaja, Jurujual Hartanah atau Perunding Hartanah, matlamat mereka sama iaitu mereka ingin menawarkan anda produk yang mereka ada, dalam industri ini dipanggil 'listing' , agar ada diantara property didalam listing mereka menarik minat anda.
Sewaktu anda melihat iklan atau 'search' di internet, anda mungkin 50% sudah tertarik dengan isi kandungan info yang disertakan, bersama gambar hartanah tersebut. 50% lagi adalah apabila anda melihat rupa dan keadaan sebenar sesuatu hartanah daaaann.. 'rupa' mereka yang akan berurusan dengan anda, iaitu agen atau jurujual atau perunding hartanah anda.
Kenapa saya katakan begitu, kerana seorang agen, beliau, boleh jadi seorang jurujual yang baik, tapi buka seorang perunding yang baik atau seorang perunding hartanah adalah seorang jurujual yang hebat!
Ha ah.. itu dia. Ada banyak perbezaan antara jurujual dan perunding hartanah. Hari ini saya ingin mengajak anda semua untuk memilih dan mendapatkan khidmat dari seorang agen yang akan membantu anda mencapai matlamat anda untuk membeli dan memperolehi hartanah sebagaimana yang anda impikan.
Pernah lihat orang menjual ubat ditepi jalan? mereka akan mempromosi ubat mereka. Dengan suara yang kuat dan jelas, dengan mimik wajah yang berbagai, dengan testimoni yang menyokong. Anda sekadar menonton dan mendengar, mungkin 'gebang' si penjual ubat itu sangat bagus, isinya serta pointnya sangat menarik minat anda sehingga anda terpaku tanpa sedar mungkin saja hampir sejam.
Punyalah terpesona, rupa-rupanya tanpa ada sedar, anda bersama dengan sebilangan penonton tadi telah berpusu-pusu membeli barangan yang anda rasa bagus dan berguna sebagai mana diceritakan oleh jurujual tadi.
Apabila anda pulang kerumah, barulah anda tersedar, bahawa anda telah membeli sesuatu yang lansung tidak diperlukan oleh diri anda dan ia telah menyebabkan anda merasa begitu kesal!
Atau pernahkah anda menjadi begitu seronok apabila bertemu dengan seorang kenalan baru yang begitu peramah dan sangat berminat untuk mengenali anda, bertanya keperluan anda, cuba membantu hingga anda rasa yakin dan meminta dia menjadi orang kepercayaan anda untuk menguruskan beberapa perkara yang anda kurang pasti!
Pada tiap kali teman anda ini ingin membuat keputusan, dia akan bertanya anda terlebih dahulu, sehinggalah dia betul-betul pasti anda berpuashati barulah dia menyudahkan apa yang telah dirancangkan. Hatta hasilnya juga membuat anda sangat gembira.
Justeru, bilamana anda ingin mencari seorang agen, anda pilih yang mana satu? jurujual atau perunding?
Secara jujurnya saya sangat setuju agar kita mencari seorang perunding hartanah, bukan jurujual hartanah!
Kerana seorang jurujual, sangat bagus dalam menjual produk yang mereka ada, tapi ada segelintir mereka yang kurang peka, atau mungkin lansung tidak ambil kisah keperluan anda, masalah yang mungkin ada ada, yang penting listing yang ada dalam tangan mereka harus dijual.
Sedangkan seorang perunding hartanah, akan membantu anda, agar anda mendapat kediaman yang anda mahu, sebagaimana yang anda inginkan. Memberi perhatian dan bantuan bukan sekadar menjual kediaman, seorang perunding hartanah yang bagus, akan memberikan khidmat lepas jualan yang anda perlukan pada bila-bila masa. Bersikap telus dalam memberi pandangan dan nasihat apabila anda memerlukannya.
Apabila anda mendapat khidmat Perunding Hartanah, anda tidak perlu bimbang akan kemampuannya untuk membantu anda, kerana seorang perunding adalah seorang yang bukan sekadar bertindak sebagai penjual, tetapi juga sebagai seoang 'penasihat' dan membantu serta membimbing anda ketika membuat sebarang keputusan untuk membeli atau melabur dalam hartanah pilihan anda.
Perunding Hartanah tidak sahaja bertindak sebagai penjual, tetapi lebih dari itu mereka boleh menjadi seorang kenalan yang baik dan banyak memberi imput kepada anda dari masa kesemasa ketika anda memerlukannya.
Justeru.. pilihan ditangan anda.
Jurujual Hartanah atau Perunding Hartanah?
No comments:
Post a Comment