Tuesday, 1 March 2011

PERJANJIAN MELINDUNGI PEMILIK, PENYEWA


Hari ini saya nak kongsi kan satu tips yang saya rasa sangat baik dah berguna kepada mereka yang ingin mencari rumah untuk disewa atau tuan rumah yang ingin menyewakan rumah, atau primes mereka.

tips ini saya perolehi dari surat khabar Harian Metro

Bukan semua orang mempunyai wang mencukupi untuk membeli rumah sendiri terutama mereka yang baru mula bekerja. Sama ada tidak mempunyai simpanan sendiri atau caruman akaun 2 dalam kumpulan wang simpanan pekerja (KWSP) tidak mencukupi untuk membayar 10 atau 20 peratus daripada nilai rumah yang ingin dibeli.

Mahu tidak mahu, mereka terpaksa menyewa ditambah pula jika tinggal dibandar besar, mengikut trend semasa, nilai sewaan bagi rumah bertanah adalah tinggi berbanding rumah bertingkat, tak kira pangsapuri atau pun rumah pangsa.

Ketika ini, pasaran sewaan rumah berkembang pesat terutama di Bandar besar. Lihat saja dihalaman iklan di akbar mahupun tiang lampu di tepi jalan, begitu banyak iklan yang memberi pilihan untuk membeli dan menyewa rumah, siap dengan harga sekali.

Bercakap mengenai keistimewaan rumah sewa, biasanya bagiu kediaman bertingkat seperti pangsapuri atau kondominium, ia menyediakan perkhidmatan yang baik seperti khidmat pengawal keselamatan 24 jam untuk menjamin keselamatan dan keselesaan disamping mudah, ringkas, praktikal, selesa dan selamat untuk mereka yang menetap bersaorangan.

Sementara bagi rumah bertanah seperti rumah teres pula, ia memudahkan penyewa terutama bagi yang sudah bekeluarga dan mempunyai bilangan anak yang ramai kerana faktor keselesaan serta persekitaran yang lebih sihat untuk membesarkan anak.

Namun, ada juga masalah bagi sesetengah orang khususnya mereka yang masih bujang untuk mensapat peluang menyewa rumah kediaman gara-gara sikap segelintir pemilik kediaman yang cerewet yang menetapkan perbagai syarat.

Antranya seperti berkahwin, agama, lelaki atau wanita dan berkerjaya serta pelbagai lagi syarat termasuk jumlah mereka, menyukarkan segelintir masyarakat seperti penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dan golongan bujang untuk menyewa.

Bagi penyewa pula, trend semasa yang sering diguna pakai oleh mereka mensyaratkan ‘undang-undang’ 2+1, yang mana istilahnya perlu menyediakan deposit dua bulan dan sebulan sewa penginapan bulan pertama.


Ini tidak termasuk dengan caj lain seperti deposit bil air, elektrik, penyenlenggaraan dan caj awal tempt letak kereta, justeru, adalah penting bagi penyewa memahami perjanjian sewa kediaman sebelum memasuki rumah, bimbang dimanipulasi atau kurang kefahaman mengenai perjanjian berkenaan.

Langkah pemilik kediaman menyediakan perjanjian sebegitu sebenarnya dilakukan gara-gara sikap penyewa sendiri yang mungkin mengakibatkan kerugian dan kerosakkan harta benda milik tuan rumah jika tidak diberi perhatian lanjut.

Hakikatnya, tuan rumah tidak semudah begitu saja menyerahkan kunci rumah kepada penyewa dan kemudia mengutip wewa setiap bulan. Mungkin nisbah terlalu sedikit jika tuan rumah mendapat penyewa pembersih, menjaga harta benda dengan baik tetapi ternyata tidak semua penyewa sebegitu.

Justeru adalah penting bagi setiap urusan menyewakan rumah diantara pemilik dan pnyewa perlu dilengkapi dengan dokumen penting seperti surat perjanjian untuk kebaikan kedua-dua belah pihak. Antara dokumen yang diperlukan adalah borang laporan kerosakan dan borang permohan sewa.

Selain itu, kita juga perlu menyediakan nombor telefon penting dan notis berpindah keluar disamping perjanjian pengesan alisan tunai hartanah, senarai inventori,senarai semak hartanah dan senarai pindah masuk seta surat menyewa..

Perubahan gaya hidup seseorang banyak bergantung dengan jenis kediaman yang dipilih mereka. Mungkin bagi sibujang, rumah jenis flet, pangsapuri dan kondominium lebih menjadi pilihan kerana lebih ringkas dan pratikal untuk didiami.

Tambahan dibandar besar seperti Kuala Lumpur faktor harga kediaman semakin menigkat naik, sekali gus membatskan pilihan untuk memilih kediaman yang selesa pada harga yang lebih murah.

Antara dokumen yang diperlukan diantara penyewa dan pemilik rumah.

1. Borang Lapuran Kerosakkan
2. Borang Permohonan Sewa
3. Nombor Telefon Penting
4. Notis Berpindah Keluar
5. Pengesan Aliran Tunai Hartanah
6. Senarai Inventori
7. Senarai Semak Hartanah
8. Senarai Piundah Masuk
9. Surat Selamat Menyewa

sumber artikel  HARIAN METRO :12, MEI 2009.

No comments:

Post a Comment