Wah, banyak hari juga saya tak up date blog. betul punya sibuk., Alhamdulillah, sibuk menguruskan listing terbaru.
Seperti biasa Tips ringkas sebagai agen hartanah atau sebagai buyer, cuba risik dan dapatkan kepastian tuan rumah.. kenapa dia hendak menjual rumah.
Pengalaman kami, selalunya Owner menjual kerana ingin membeli rumah lain, atau ada ketika untuk mengurangkan bebanan, tapi yang paling anda harus ketahui ialah jika owner menjual rumah kerana ingin melangsaikan bebanan hutang, atau dia dalam keadaan yang sangat tenat dan tidak lagi mampu membayar pinjaman hartanah tersebut.
Justeru owner yang seperti ini, tanggungjawab anda sebagai agen apatah lagi sebagai pembeli haruslah sentiasa peka dan berhati-hati malahan sekirannya dapat, elakkanlah dari berurusan / membeli hartanah tenat seperti ini.
antara resiko yang mungkin anda alami :
* sebagai agen - anda harus membantu owner naik turun bank dan membuat rayuan, mendapatkan bantuan lawyer untuk lain-lain proses / tindakan.
* sebagai agen, anda mungkin tidak mendapat profesional fee dari kes ini kerana hartanah ini telah mengalami masalah dan berkemungkinan tidak boleh dijual/ pindah milik.
ooppsss bukan berkira, tapi kita telah menjalankan kerja sebaik mungkin dan seperti mana biasa, masa, tenaga dan wangringgit kita telah mengalir lebih banyak untuk hartanah tersebut dan Profesional fee itulah gaji kita, justeru, tentu merugikan bilamana bekerja tanpa gaji.
* sebagai pembeli, kemungkinan hilang wang muka 10% jika telah terlepas ketangan owner dan owner pula telah menggunakkan wang tersebut atau tidak mahu mengembalikan wang muka yang telah anda keluarkan.
Maka itu, jangan segan untuk bertanya kepada Tuan rumah.. "boleh tahu kenapa Tuan nak jual rumah ini"...
No comments:
Post a Comment