Monday, 30 May 2011

BANK & ANDA - siri 2


(ii) BAYARAN SECARA BERPERINGKAT KEPADA PIHAK PEMAJU

Seperti yang dinyatakan pada posting terdahulu, Bank akan mengeluarkan pinjaman menurut kaedah pembayaran yang ditetapkan dalam Jadual Pembayaran sesuatu perjanjian jual beli.

Didalam Perjanjian Jual Beli telah menetapkan setiap peringkat pembayaran hendaklah dibuat menurut bil berperingkat (“progress claim”) yang dikeluarkan oleh pihak Pemaju disokong dengan sijil pengesahan dari arkitek. Selanjutnya Jadual Pembayaran (Jadual Ketiga) yang terkandung didalam Perjanjian Jual Beli tersebut telah menetapkan bahawa setiap pembayaran hendaklah dibuat “upon commencement” iaitu pada permulaan sesuatu peringkat.Ini adalah sebelum HDA dilaksanakan.

Pihak Bank telah berpandukan kepada kaedah pembayaran tersebut dalam membuat pengeluaran pinjaman kepada Pemaju.


(iii) TANAH BELUM TUKAR STATUS?
[PERTANIAN KE KOMERSIAL atau KEDIAMAN]

Kebiasaan nya pihak peguam (peguam yang mengendalikan urusan perjanjian jual beli dan perjanjian pinjaman) melalui surat nasihat mereka telah mengemukakan kepada Bank surat kelulusan dari Pejabat Tanah Daerah berhubung penukaran status tanah dari “Pertanian” kepada “Bangunan Kediaman” berserta dengan resit bayaran bagi permohoan tukar status tanah oleh pihak pemaju.

Bank berpandukan pada surat nasihat dari Peguam, surat kelulusan dari pihak Pejabat Tanah serta resit bayaran tersebut yakin dan percaya bahawa status tanah tersebut telahpun ditukar.

Kebiasaan nya Bank akan membuat satu carian rasmi berhubung status tanah tersebut dan akan memaklumkan kepada pihak pembeli hasil carian melalui pihak peguam.



terima kasih kepada Pn. noorainiah madz

Tuesday, 24 May 2011

BANK & ANDA - siri 1


Ramai bertanya, bagaimana caranya mereka ingin mendapatkan kelulusan dalam permohonan pinjaman perumahan mereka. Hari ini saya bawakan info yang akan membantu anda, berhubung status, cara pinjamanan anda yang dikendalikan oleh pihak bank.

(1)BAGAIMANA PINJAMAN DILULUSKAN

Bergantung kepada kredibiliti mereka yang datang semasa membuat permohonan.

Setiap bank punya garis panduan yang disediakan dan ianya mesti menurut landasan yang diterima pakai oleh Bank Pusat.

Kebiasaan nya kelulusan pinjaman adalah berdasarkan kepada penilaian yang dilakukan ke atas status kewangan pemohon yang merangkumi jumlah pendapatan serta tanggungan bulanan. Sekiranya perkara-perkara asas ini telah dipatuhi maka Bank akan meluluskan permohonan bagi sesuatu pinjaman.

Pihak Bank berpandangan dan percaya bahawa setiap pemohon bagi sesuatu pinjaman perumahan telahpun mendapatkan khidmat nasihat dari pihak peguam yang mengendalikan perjanjian jual beli bagi memahami akan tanggungjawab dan obligasinya sebagai Pembeli sebelum memasuki kontrak perjanjian jual beli.

Peranan dan kewajipan Bank adalah untuk mematuhi terma dan syarat perjanjian jual beli khususnya untuk mengeluarkan pinjaman menurut kaedah pembayaran yang ditetapkan dalam Jadual Pembayaran sesuatu perjanjian jual beli agar pihak Pemohon/Pembeli dapat menyelesaikan transaksi jual beli tersebut.

[Peranan bank juga adalah merupakan medium perantara yang memudahkan peminjam memiliki rumah yang dibeli daripada pihak pemaju]

terima kasih kepada Pn. noorainiah madz