Sunday 12 June 2011

Dilema Seorang Pembeli Rumah Terbengkalai

Saya dapatkan ini dari blog sahabat, sangat berinfomasi, semoga ia memberi kesedaran dan pengajaran buat kita ,.. 





ADUAN
Saya, adalah salah seorang pelanggan iaitu peminjam bagi akaun pinjaman perumahan disebuah institusi dan juga menjadi mangsa projek perumahan terbengkalai dalam sebuah negeri di Malaysia.

Secara ringkasnya, projek perumahan tersebut diakui tidak dapat diteruskan secara rasminya oleh pemaju sidang akhbar dan kepada semua pembeli dan telah dilaporkan oleh pihak media Harian Metro,Malay Mail,Kosmo,Nanyang Siang Pau dan juga media elektronik Komunitikini.com

Berikut adalah aduan yang ingin saya nyatakan bagi tindakan dan perhatian pihak pengurusan atasan perbankan walaupun saya akui saya hanyalah pelanggan kerdil di mana jumlah pinjaman tidak seberapa dan bukanlah individu yang berkepentingan.

1.PROSES PERMOHONAN PINJAMAN
a. Bagaimana pihak perbankan boleh meluluskan pinjaman dengan cepat sedangkan waktu itu banyak bank yang "hold" status permohonan kerana pemaju tidak comply dengan dokumen yang sepatutnya diserahkan dan syarat syarat rumah yang tidak jelas, antaranya status tanah yang masih berstatus pertanian sehingga kini, pemaju yang tidak berlesen dan lain-lain

2. PEMBAYARAN SECARA BERKALA [PROGRESS CLAIM] KEPADA PEMAJU OLEH PIHAK PERBANKAN
a. Apakah method ataupun cara kerja perbankan menentukan bahawa progress claim yang diminta oleh pemaju adalah benar seperti yang berlaku di tapak projek?
- sekitar tahun 2009-2010, kebanyakan bank telah menggantung bayaran kepada pemaju kerana progress claim yang diminta tidak benar dan telah menilai keupayaan sebenar pemaju untuk meneruskan projek amatlah tipis.
Namun, kenapa pihak perbankan terus membayar pemaju dan apabila aduan dibuat kepada Khidmat Pelanggan diperbankan tersebut, pegawai berkenaan memberikan jawapan:
- prosedur perbankan ini berlainan daripada perbankan yang lain, tidak boleh samakan dengan cara kerja perbankan yang lain.
- peminjam tidak berhak request site report yang dibuat oleh pegawai penilaian sebelum melepaskan bayaran kepada pemaju
- kalau tidak berpuas hati, peminjam boleh buat aduan terus ke Bank Negara.

3. BILA BANK BOLEH ISYTIHAR PROJEK TERBENGKALAI?
a. Berapa lamakah tempoh sesuatu projek perumahan dianggap oleh sesuatu perbankan tersebut sebagai terbengkalai ataupun digantung?
- pegawai berkenaan menjawab selagi tiada pengesahan daripada "pemaju" sahaja bahawa projek adalah terbengkalai, selagi itu perbankan tersebut menganggap projek masih berjalan walhal sejak Sale & Purchase Agreement ditandatangani sehingga email ini ditulis, projek tidak berjalan. Pengesahan rasmi daripada pihak lain tidak akan diterima pakai oleh perbankan tersebut..

4. PEMAJU TIDAK WIBAWA
Bagaimana kalau pemaju sudah bangkrupt[gulung tikar] ataupun cabut lari? Kepada siapa kami hendak mengadu?

5. BAGAIMANA "LOAN AGREEMENT" BOLEH DITAMATKAN?
a. Berdasarkan diskusi saya dengan pegawai bank berkenaan, peminjam tidak dibenarkan untuk menamatkan loan agreement selagi pemaju tidak mengeluarkan surat secara rasmi projek tidak dapat diteruskan.
- apakah langkah perbankan sepatutnya apabila menangani kes seperti ini?

Setelah diumumkan secara rasmi bahawa projek tidak akan diteruskan, pemaju berjanji akan refund deposit dan progress disbursed kepada pembeli, namun pemaju tidak mahu mengeluarkan surat rasmi kepada pembeli dan juga bank selagi pembeli tidak menandatangani Deed of Rescission and Revocation di mana antara syarat penting pembeli diwajibkan menyerahkan:

1. Original copy Sale & Purchase Agreement
2. Original copy Deed of Assignment
3. Original copy Letter of Undertaking
4. Original copy Loan Agreement

Dokumen asal di item no.2,3 & 4 dipegang oleh pihak bank dan sepatutnya tidak boleh dilepaskan kepada sesiapa selagi pinjaman tidak diselesaikan (perbendaharaan malaysia juga mengamalkan prinsip yang sama) untuk protect peminjam.Tetapi secara angkuhnya pemaju mengatakan pihak perbankan dan peguam perbankan telah bersetuju menyerahkan dokumen tersebut..


- di mana hak saya semasa mahu terminate loan agreement iaitu pihak perbankan hanya melayan kehendak saya jika pemaju menghantar surat rasmi projek gagal diteruskan dan bagaimana pula tiba-tiba keputusan tersebut boleh berubah apabila diminta oleh pemaju? seperti ada pakatan diantara pihak bank dan pemaju di mana walau apapun yang berlaku peminjam ataupun pembeli rumah akan tersepit ditengah.


- dimana peranan perbankan seperti Letter of Undertaking clause 5(C) iaitu pemaju sepatutnya memulangkan semula bayaran yang telah dibuat jika projek abandoned ataupun suspended?selama 2 tahun aduan dibuat namun tiada tindakan yang dilakukan..malah menekan saya untuk terus membayar installment untuk rumah yang tidak wujud!

Diharap pihak pengurusan atasan perbankan dapat membuka mata bagaimana staff middle management dan juga staff bawahan bekerja dan juga tidak ada jalan penyelesaian bagi peminjam seperti saya..malahan seolah-olah bersekutu dengan pemaju yang telah banyak menindas saya dan pembeli pembeli yang lain.

wassalam. 

sumber :  terima kasih kepada Pn. Nooraini AhmadDZ

No comments:

Post a Comment