Tuesday, 26 February 2013

PASTIKAN ADA BUKTI BAYARAN

siang tadi sy terima satu call, buyer A, telah bayar booking kpd lawyer owner melalui CDM pada hari ahad, semlm agen dia beritahu owner tak jadi jual pd dia (buyer A) kerana dpt tawaran dari buyer B pada harga lebih tinggi.

kesian pada buyer, dia rasa terainaya, sebab agen dia kata owner dan setuju, sekali tu owner tolak/ batalkan urusan kerana agen lain bawa buyer B dgn offer lebih tinggi dan owner mahukan harga itu, padahal buyer pertama dah buat bayaran pun. dia (buyer A) minta sy tlg dapatkan semula deposit, masalahnya sy tidak terbabit sama sekali dgn urusan dia dan sy tidak boleh campur tangan, sekadar memberi bbrp cara supaya dia usahakan.

moral : kepada buyer sekelian,  tolong jgn serahkan wang tanpa menggunakan apa2 dokumentasi yg sah. Baca sebelum menandatangani dan simpan semua resit dan transaksi sebagai bukti. 
moral : owner, silalah rasional, jika telah pun bersetuju dan tahu bahawa buyer pertama telah pun membuat bayaran, bererti anda telah bersetuju dgn 'akad' jual beli yg pertama, membatalkanya adalah satu pencemaran moral yg tidak baik.